Visitors

Friday, February 4, 2011

12 CARA UTK MNDAPATKN TIDUR YG BERKUALITI

Ini hari sy mau kongsi dgn anda semua tntg tip utk mndptkn tdo yg cukup ye tuan2.hehehe



1. waktu tidur bangun anda mesti sama pada setiap hari termasuk pada hujung minggu atau hari cuti.
2. lakukan rutin yang lebih santai sebelum tidur seperti, membaca majalah, senaman ringkas dan sebagainya.
3. ambil masa selama beberapa ketika untuk proses melegakan emosi anda sebelum tidur, misalnya menulis                             apa yang berlaku pada hari tersebut di diari atau pun berbual dengan orang yang rapat dengan anda.
4. sediakan buku log untuk anda mencatatkan hasil dari tidur berkualiti yang diperolehi. bertujuan membantu anda mengumpul maklumat untuk memperbaiki corak tidur anda.
5. pastikan bilik tidur anda berada dalam keadaaan gelap yang samar2, tenang dan selesa.
6. gunakan katil anda hanya untuk tidur sahaja bukan untuk aktiviti lain seperti menonton televisyen, makan, online.hehe dan sebagainye.
7. anda boleh makan hidangan yang ringan tetapi lengkap dengan karbohidrat sebelum tidur dan anggaplah ia sebagai snek sebelum tidur.
8. lakukan senaman ringan, tetapi beberapa jam sebelum tidur.
9. jauhkan jam loceng daripada kepala anda dan juga katil.
10. elakkan nikotin, kafein, teh, coklat, minuman berkarbonat dan alkohol sebelum tidur.
11. elak dari melihat jam sekiranya anda terjaga ketika tidur kerana ia boleh membuat anda stress dan susah untuk tidur kembali.
12. tidur pada siang hari memang seronok tetapi maksimumkan hanya 20 minit sahaja, itu pun sekadar untuk merehatkan mental dan fizikal.

sekian sahaja bersama pakar motivasi anda pada hari ini, semoga kita brjmpe di lain hari ye, =)


wassalam

No comments:

Post a Comment